Monday, November 24, 2008

MRCOG Part 1....macam mana nak study ni..

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... setelah sekian lama dalam O&G (Obstetric&Gynaecology) ni....baru sekarang nak cuba ambik exam part 1 MRCOG...exam tak lama dah lagi dalam bulan march ni...cuma masalah utamanya macam mana nak study dengan betul dan berkesan...ramai yang ambik exam ni tak terus lepas utk sekali attempt...ada yang 2x ada yg 3x ada yg berkali2...tak kisahla nak ambik berapa attempt pun asalkan ada duit...kadang2 rasa tak konfiden plak nak ambik exam ni sebab belum prepare sgt ni...bla fikirkan tak ready ni rasa macam rugi plak kalau fail...sekali exam bayar 275 pund sterling( lebih kurang RM 1600-1800)...banyak jugak tu..sebulan elaun on call pun tak sampai....dah la locum tak penah buat( memang tak nak buat)...so income tu cukup2 je la...takpe2 kalau dah niat nak ambik exam tu kena teruskan...

Dah lama sangat tinggalkan buku ni...kalau dulu study untuk exam masa undergrad suasananya amatlah berbeza... dah 6 tahun meninggalkan zaman undergrad...dulu bolehlah concentrate on study je...sekarang ni kena kerja dan on call, jaga anak, breastfeeding dan banyak lagi komitmen lain dalam rumahtangga...susah juga rupanya nak belajar bila dah lama tinggalkan buku ni...cabaran lain bila kat rumah sudah tentu bila berdepan ngan anak2 terutamanya babyku Anas yang baru je 4 bulan skg ni....stok susu plak dah berkurangan...tension gak ni..tapi Alhamdulillah masih lagi cukup....InsyaAllah....tapi cabaran yang paling utama bila study skg ni susah sangat nak masuk dalam ingatan ni.....banyak sangat perkara lagha kut...MasyaAllah...

Walaubagai manapun sokongan dari suami yang tercinta amat bermakna...buku2 pun suamiku jua yang tolong belikan...Ya allah berilah daku kekuatan untuk mengharungi semua ini...semoga dipermudahkan....

Sunday, November 9, 2008

Cabaran menyusukan anak

Alhamdulillah.....setelah sekian lama menyepi baru sekarang ni nak update sikit blog ni...masa mula2 create blog ni rasa macam berkobar2....last-last nak update punyalah payah... Sekarang ni dah lebih 2 minggu mula bekerja dan juga mula menjalankan tugas on call....sibuklah jugak tapi taklah sampai tak sempat bukak internet....cuma bila online je lebih suka membaca email,blog2 sahabat daripada mengupdate blog sendiri...susah jugak ada blog ni....tak pandai sangat nak mengarang.... Bila dah mula bekerja, cabaran yang paling utama ialah nak menyusukan anak...Anas sekarang ni dah pun berumur 3 bulan setengah....Alhamdulillah saya masih mampu menyusukan Anas sepenuhnya....cabaran itulah yang paling kuat bila bekerja terutamanya bila on call...antaranya:

1. Stok susu (EBM) semakin kurang...kalau dulu masa dalam pantang boleh simpan stok banyak2...sekarang ni stok dah berkurangan
2. Baby semakin kuat menyusu ( sehari dari 8-5pm dia boleh habiskan 4-5 botol 4-5 oz = +/- 20oz! sehari...itu belum kira masa on call lagi
3. Supply agak berkurangan...sekali perah dapat 4-5oz jika dibandingkan masa dalam pantang dulu boleh mencecah 8-9oz sekali perah! tension kat tempat keje kut + penat
4. Selalu terlepas waktu memerah susu semasa kerja especially waktu on call....bila tgh sibuk kekadang 5-6jam baru nak perah...sekali perah dapat sama jugak 4-5oz...huhu
5. Rumah selalu blackout bila ada guruh dan petir.....so tak boleh tinggalkan stok frozen EBM kat umah bila balik kampung.....nanti susu semua cair dan basi..huhu sure nangis tak berlagu....jadi susu tak pernah ditinggalkan di rumah bila balik kg....tumpang simpan susu kat peti ais kat hospital....

Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kepada Allah kerana masih mampu mengatasi masalah2 di atas....walaupun stok susu berkurangan tapi Allah telah permudahkan atas segala urusan...baby jarang meragam, takde nipple confusion, susu masih cukup....balik keje walaupun penat perah jugak susu di rumah...bila kumpul2 masih mencukupi....Alhamdulillah production susu dah mula meningkat....kena banyak bersabar,jgn putus asa,pastikan diet seimbang...

Kadang2 sedih bila tengok masih ramai ibu2 di luar sana yang memilih utk tidak menyusukan anak sepenuhnya....selalunya atas alasan bekerja...ramai yang beranggapan memberi susu formula lebih mudah....bagi saya anak itu adalah amanah dari Allah, maka sudah menjadi kewajipan seorang ibu utk memberi yang terbaik utk anaknya yg sudah tentu susu ibu...susu ibu ni merupakan anugerah dari Allah yang tak ternilai....tiada siapa yang mampu menandingi ciptaan Allah ini...walau sehebat/semahal mana susu formula sekalipun....walaupun susah tapi kita mesti berusaha menjaga amanah Allah ini...InsyaAllah....

Tuesday, October 7, 2008

Skandal Susu Formula, Janji Manis dan Kembali kepada Fitrah

dipetik dari susuibu.com

oleh Nor Kamariah Mohamad Alwi <kamariah@susuibu.com>



Tragedi di Negara China yang melibatkan lebih 50,000 bayi dan anak kecil sungguh menyentuh perasaan. Krisis ini terjadi akibat kerakusan pengeluar produk berkenaan mencampurkan bahan kimia, melamine ke dalam rumusan makanan yang dikilangkan untuk tujuan meningkat bacaan kandungan protinnya secara buatan. Pengambilan bahan melamine dalam kuantiti yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan fungsi buah pinggang manusia dan juga kematian. Inilah yang berlaku apabila bayi dan anak kecil di Negara China mengambil susu formula yang mengandungi bahan ini dan kebanyakan mereka sedang terlantar sakit sekarang.



Apa yang menyedihkan, peristiwa ini bukanlah sesuatu yang baru. Pengeluar produk makanan dari Negara China sebelum ini telah melakukan kesilapan yang sama. Bezanya, ianya dilakukan ke atas makanan binatang peliharaan. Pada bulan Mei 2007 lagi, tembelang mereka mula pecah apabila lebih 14,000 ekor binatang peliharaan jatuh sakit dan 4,000 ekor pula mati akibat makanan binatang ini dicampur dengan melamine. Walaupun amaran telah diberikan, mereka telah bertindak lebih kejam dengan membuat percubaan ke atas makanan manusia pula terutama pada makanan bayi yang mengambilnya lebih dari 4 kali sehari.

Skandal di dalam industri makanan seperti ini terutama di dalam susu formula berlaku dengan teruk kerana setiap pengeluar produk bersaing untuk menghasilkan rumusan 'terbaik'. Masing-masing berlumba untuk mengeluarkan produk yang mengandungi pelbagai kandungan 'khasiat' yang tinggi yang nampak jelas apabila diuji dengan mesin sehingga sesetengahnya melampaui batas dengan mengetepikan isu keselamatan makanan itu sendiri. Di dalam tragedi ini, bahan kimia melamine yang biasanya digunakan di dalam pembuatan pinggan mangkuk telah digunakan untuk mengaburi bacaan mesin penganalisa dengan memberi bacaan protin yang tinggi sedangkan khasiat sebenar tidak ada, malah mengandungi toksik!



Itu yang berlaku di negara China. Di Malaysia, iktibar masih tidak diambil, malah syarikat pengeluar susu formula berlumba-lumba mempromosi jenama masing-masing di dada akhbar, di kaca televisyen, mengatakan produk mereka 'bebas' melamine. Pada hakikatnya setiap kali jenama produk berkenaan keluar di dada akhbar dengan lampiran berwarna-warni melebihi satu muka surat mereka telah mempromosi produk mereka, bukan hanya memberi kenyataan keselamatan. Cukuplah dengan 'senarai bersih' yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Tidak perlu memanjang lebar menceritakan kebaikan susu jenama keluaran mereka pula. Ini jelas telah melanggar etika!

Masih terngiang-ngiang lagi ikrar yang dilaungkan semasa pelancaran Buku Kod TataEtika Sempenan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu pada 1 Ogos yang lepas, kata mereka, akan sama-sama membantu memelihara promosi susu ibu. Malah di dalam satu Forum Perdana yang saya ikuti di PPUM, wakil pengilang susu formula mengatakan, mereka berbesar hati jika diberi peluang untuk turut serta mempromosi susu ibu. Jika benar jujur ikhlas kenyataan ini, sepatutnya, di dalam setiap kenyataan mengenai produk mereka 'bersih', harus ada sekurang-kurangnya sebaris ayat yang mengatakan 'Susu Ibu adalah pilihan terbaik.' Dengan ini barulah nampak yang mereka bukan ingin mempromosi jenama susu mereka tetapi sekadar ingin memberitahu yang produk mereka setakat ini masih selamat digunakan.



Isu skandal dan promosi yang melanggar etika akan sentiasa berterusan selagi manusia tidak kembali kepada fitrah. Manusia akan terus berlumba-lumba mengaut keuntungan tanpa menghiraukan isu keselamatan sejagat. Yang diutamakan, bagaimana untuk membuat jualan maksima setiap tahun, yang dibimbangkan bagaimana untuk menghabiskan stok produk yang telah dikeluarkan, bukannya keselamatan dan kemaslahatan pengguna.

Sempena Aidil Fitri ini, renungkanlah fenomena ini dan ambillah pengajaran. Kembalilah kepada fitrah, berikanlah anak anda sesuatu yang tabii, penyusuan susu ibu wajar diberi perhatian semula!

Friday, September 26, 2008

Peluang Meraih Pahala Berganda

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan harta yang kamu cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"

(Surah Ali Imran - Ayat 92)



PELUANG MENANAM SAHAM UNTUK AKHIRAT
Melalui

SKIM WAKAF TUNAI PAPISMA

Bagi Membiayai Penerbitan
"BUKU FEQAH PERUBATAN"



Jangan Lepaskan Peluang Untuk Mendapatkan Gandaan Pahala Yang Berterusan Ini
Sebelum Berakhirnya Ramadhan!

(Kutipan Wakaf Sah Sehingga 30 Mac 2009)

Siapa PAPISMA?





PAPISMA
adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.


PAPISMA sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur’an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.


Sehingga kini PAPISMA telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang penjagaan kesihatan melalui pelbagai kaedah seperti rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.


Berpegang kepada moto pertubuhan : Berilmu, Beramal dan Bertaqwa, maka kini PAPISMA sedang mengorak langkah untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan fiqh perubatan selaras dengan ILMU di dada kami, untuk dikongsi dan di AMALkan dalam rangka membina masyarakat dan insan yang berTAQWA.


Laman Web Rasmi : http://www.papisma.org/home/


Pengertian Wakaf


Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.


Wakaf Sebagai Sedekah Jariah


Para ahli fiqh dan ulama’ berpendapat, amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke akhirat, selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.


Fadhilat Ibadah Wakaf


Mewakafkan harta adalah merupakan amal jariah yang sangat di tuntut oleh Islam kerana amalan wakaf bukan hanya sebagai satu amalan ibadah sahaja, malahan merupakan satu sistem yang beroperasi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui konsep pengumpulan harta bersama.


Konsep Skim Wakaf Tunai


Skim Wakaf Tunai PAPISMA adalah satu cara berwakaf melalui wang tunai iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang di tawarkan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) sebagai pemegang amanah dan memanfaatkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah S.W.T dengan tujuan untuk kepentingan dan kesejahteraan umat Islam.


Matlamat dan Tujuan


Tujuan Skim Wakaf Tunai ini diwujudkan adalah untuk menampung kos perbelanjaan bagi penerbitan buku Feqah Perubatan. Buku ini akan menjadi rujukan masyarakat umum dan pengamal-pengamal perubatan terhadap isu-isu perubatan terkini yang memerlukan penjelasan dari sudut hukum dan sebagainya. Malah ia sangat sesuai dijadikan panduan kepada pesakit-pesakit samada di rumah, di hospital atau di mana-mana sahaja.


Oleh kerana 300 buah buku daripada edisi pertama ini akan diedarkan secara percuma ke premis-premis awam seperti hospital, perpustakaan dan sebagainya, maka sumbangan orang ramai melalui Skim Wakaf Tunai ini amat diperlukan untuk menampung kos penerbitan.


Kita mungkin tidak mampu beramal jariah melalui penulisan, apatah lagi dalam bentuk penyampaian ilmu. Maka kaedah pembelian saham melalui Skim Wakaf Tunai ini membuka peluang kepada orang ramai berkongsi amal jariah dalam menjayakan penerbitan buku tersebut yang kelak ilmunya akan dimanfaatkan secara berterusan sehingga ke hari kiamat. Mudah-mudahan sedikit sumbangan daripada kita sebagai pelabur akan menjadi bukti dan saham di akhirat nanti dalam meraih ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT.


Anggaran Kos Penerbitan Buku


Anggaran setelah diambilkira kos penerbitan yang akan melibatkan pengumpulan bahan rujukan dari pelbagai sumber bahan dan tenaga serta belanja percetakan adalah sebagaimana berikut :


RM60.00 x 300 buah buku = RM18,000.00

Bukaan Tawaran Belian

  • Unit Saham Wakaf Tunai di tawarkan dengan harga RM10.00 seunit.
  • Jumlah unit saham yang di tawarkan adalah 1,800 unit.
  • Minimum - Satu Unit.
  • Maksimum - Tiada Had.
  • Setiap penyertaan akan menerima sijil SAHAM WAKAF TUNAI.
  • Penyertaan terbuka kepada seluruh individu masyarakat Islam, syarikat korporat, pertubuhan amal, persatuan dan sebagainya.

Contoh Belian
  • 1 unit - RM10.00
  • 5 unit - RM50.00
  • 10 unit - RM100.00
  • 100 unit - RM1000.00
  • 500 unit - RM5000.00
  • dan seterusnya...

Sokongan


Pelancaran Skim Wakaf Tunai PAPISMA untuk penerbitan sulung Buku Feqah Perubatan ini telah mendapat sokongan penuh daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Resit Pengecualian Cukai

Sukacita dimaklumkan bahawa setiap pembelian saham akan dimajukan bersama resit daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi tujuan pengecualian cukai.

Bank-In Melalui Kaunter/ATM/Online
Ke Akaun
PAPISMA ENTERPRISE
No.Akaun
Maybank : 5630-6411-5978
Bank Islam : 1301-7010-812-843

Atau Melalui Cek
Atas Nama
PAPISMA ENTERPRISE

Dan Poskan Ke Alamat Berikut :

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA),
No.3B, Jalan SG3/16,
Pusat Bandar Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.

Untuk Penghantaran Sijil Dan Resit ;

Sila Maklumkan/SMS
Nama, Alamat & Jumlah Wang Tunai
Yang Diwakafkan
Kepada Bendahari Di Talian
019-9822951

Untuk Maklumat Lanjut
Sila Hubungi :

019-9563653- Presiden (Dr.Suhazeli b Abdullah)
019-5782951- Setiausaha (Dr.Awisul Islah b Ghazali)
019-9822951 - Bendahari (Dr.Zaihan binti Salleh)
019-3842951- Pembantu Tadbir (M.Lizam b M.Manap)

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui ”.


( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


Jangan Putuskan Talian Sebaran Hanya Setakat Ini. Sebarkan 'Peluang Meraih Pahala Berganda' Ini Kepada Rakan-Taulan, Saudara-Mara, Sahabat-Handai Yang Anda Kenali. Mudah-Mudahan Sumbangan Wakaf Dari Mereka Nanti Akan Turut Menjanakan Saham Untuk Anda Di Akhirat Sana...


Tuesday, September 23, 2008

Susu Ibu Penyemai Kasih


Dah lama betul tak update entry kat blog ni...walaupun cuti sepanjang Ramadhan ni tapi still tak sempat nak update..lagipun takde idea...aku ni bukannya pandai sgt nak mengarang...lagipun agak sibuk melayan anak2...terutamanya si kecik yang kuat menyusu tu...tengah berusaha ni nak buat stok susu (EBM) banyak2..nanti lepas raya dah nak kerja..takut tak cukup nanti...Alhamdulillah setakat ni masih penuh puasa...harap2nya sampai habis nanti....walaupun sibuk menjaga baby ni Alhamdulillah masih dapat buat solat terawikh kat rumah....berjemaah dengan maid aku....Ramadhan dah pun hampir ke penghujung....sedih plak rasanya....takpe masih lagi ada masa untuk merebut kelebihan 10 malam terakhir ni....lebih-lebih lagi malam Lailatul Qadar...InsyaAllah...kat bawah ni ada satu artikel yang menarik berkenaan susuibu....


RAMAI tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang kadangkala kurang munasabah. Susu ibu sepatutnya menjadi santapan pertama anak ketika lahir dan berterusan sehingga si kecil mencapai usia dua tahun sebagaimana dituntut Islam. Berapa banyak pun susu formula yang menggunakan teknologi masa kini dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini. Melihat kelebihan susu ibu dalam jangka panjang membentuk keperibadian seseorang, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata anak yang diberi susu ibu lebih senang dibentuk atau dilentur. Menurutnya, cairan ini adalah unsur pertama bagi menyemai kasih sayang dan kejiwaan dalam diri anak, iaitu secara fizikal melalui pelukan erat ibu ketika menyusu anak. Ia adalah lesen pertama membentuk dan membangun kekuatan personaliti anak, membentuk jiwa hamba Allah, jujur dan berketrampilan.

Susu ibu terjamin kebersihannya kerana tiada sentuhan tangan manusia dan jika betul cara didikan ibu bapa, anak akan menjadi insan yang baik.
Memberi susu ibu ialah konsep memberi dan menerima, menjadikan hubungan antara anak dan ibu akrab kerana selama dua tahun menyusu ibu, si anak membesar menjadi individu yang patuh pada orang tua dan tidak banyak melukakan hati ibu. “Susu ibu dapat menurunkan darjah sikap melawan atau menentang ibu kerana rangkulan si ibu ketika menyusui bayinya memberi aura ketaatan. Malah, dalam jangka panjang, susu ibu menjadikan kesihatan mental, fizikal dan emosi anak lebih mantap. “Jika ketika mengandungkan anak, ibu sering membaca ayat suci al-Quran sebagai makanan rohani anak dalam kandungan, selepas melahirkan, amalan boleh diteruskan ketika menyusu anak. Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani,” katanya.

Anak yang menyusui susu ibu sangat dekat hubungan kejiwaannya dengan ibu dan bapa dan emosinya tidak mudah terganggu.
“Amalan menyusu berserta doa dan harapan juga baik jika dibuat dengan menyentuh ubun-ubun anak dan membelainya. Anak mendapat tumpahan kasih sayang dan perhatian mutlak daripada ibu ketika menyusu. “Degil macam manapun, anak yang menyusu ibu akhirnya akan mendengar cakap ibu. Begitu juga jika setinggi manapun pangkatnya, jika penyusuan ibu lengkap dan disertai amalan doa, anak akan menghormati dan taat padanya,” katanya. Dr Robiah berkata, kebanyakan ibu yang memberi alasan tidak dapat menyusu anak kerana susunya kering berpunca daripada tindakan memakan ubat yang menyebabkan masalah itu atau tidak gembira ketika memberi susu badan. “Ibu perlu membuat persediaan untuk menyusukan anak ketika hamil lagi, iaitu dengan mengambil makanan berkhasiat.

Jika menghadapi masalah susu kering, ibu boleh mengambil ubat penggalak susu atau makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu.
“Ada sebilangan ibu berpendapat, susah hendak kembali bekerja selepas cuti bersalin jika menyusukan anak. Malah, ada juga berpendapat, jika tidak menyusu anak, mudah sedikit jika dia hendak pergi kursus,” katanya.

Oleh : NORAINON OTHMAN - Harian Metro

Saturday, September 13, 2008

Baju Raya...

Alhamdulillah....
Semalam aku ngan hubby dah selamat servis kereta....hubby aku siap amik cuti hari jumaat sbb nak hantar kereta aku dulu kat EON kat Jln Chan Sow Lin...so kitorang pun pegila dengan 2 kereta hari tu...then semalam ambik kereta aku then letak kereta hubby plak....sementara tunggu keta hubby aku siap tu kitorang singgahla kat Bandar Tun Razak...belila apa2 yg patut untuk buat masak berbuka....kat sebelah kedai tu ada kedai jual baju2 raya,jubah,tudung,etc....aku jumpa la baju yang sesuai utk aku....jubah seluar warna purple....boleh la buat baju raya....aku ni dah berapa tahun tak buat baju raya yang proper...tak tempah2...bila dah dekat2 raya baru sibuk cari baju ready made....tapi sekarang ni susah betul la nak cari saiz...maklumla dulu saiz M sekarang ni XL...silap2 kena cari XXL....kalau hubby aku tu toksah cakapla...dia maintain size XXL dari dulu lagi...at least kalau takde baju raya tahun ni, baju raya tahun lepas2 boeh pakai lagi....aku? ..ish...baju raya tahun lepas pun dah agak sempit...maklum je la baru lepas bersalin....teringat aku kat mak cik yg jual jubah tu....masa aku pilih2 tu dia dah tau saiz aku ni susah skit nak cari...dia suggest yg sesuai terus aku try then aku pun beli aje lah...lagipun mana ada pilihan sgt kan....lepas tu dia boleh tanya baju anak2 dah beli ke? Ish..aku tak cakap pun aku ada anak tapi tgk badan tu mestila dah tau kut..he..he...aku pun jawabla...anak2 punya dah beli....mak cik tu jawab...itulah bila dah jadi ibu ni mesti nak dulukan anak je...diri sendiri kemudian pun takpe....memang betul tu...walau apapun aku berazam raya tahun ni tak nak membazir....kalau beli baju pun biar yg praktikal & sesuai boleh buat kerja nanti..

Thursday, September 11, 2008

Sakitnya Anas Fathi kena cucuk..

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala urusan.... Sebenarnya dah lama teringin nak buat blog sendiri dari dulu lagi....tapi tak berkesempatan dan kurang celik IT sikit...bila dah tengok blog2 orang lain rasa teringin nak buat sendiri.. lebih2 lagi tengok blog kak Han...inspired terus....so sebagai langkah permulaan buat la skit2...semalam berjaya create blog ni tapi tak sempat nak buat entry sendiri..so paste la tazkirah skit..

Hari ni aku bawak anak no 3 aku Anas Fathi yang genap berumur 2 bulan hari ni pegi klinik untuk immunisasi Hep B, DTP,Hib dan OPV...sian Anas kena cucuk kat peha kiri dia...menjerit kuat betul...balik terus demam..peha dia pun bengkak....then asyik menangis je...Tak pernah tengok dia meragam dan menangis kuat macam ni...sebelum ni Anas memang baby yang tak kuat meragam...tapi ada satu perkara yang menggembirakan aku... berat Anas dah mencecah 5.1kg!! birth weight cuma 2.87kg je...inilah berkat fully breastfeed sampai sekarang dan InsyaAllah sampai 6 bulan dan cita2 aku sebenarnya nak breastfeed sampai 2 tahun...rasa agak ralat jugak sebenarnya sebab kakak dia Maryam Karmila cuma dapat breastfeed sampai 4 bulan je...itupun dah campur dari awal...kakak no2 baru dapat fully breastfeed sampai 6 bulan....bukan mudah sebenarnya....banyak cabarannya....cabaran kerja, on call, bekalan EBM berkurang dan macam2 lagi...Harap2nya kali ni berjaya mencapai cita2...lagipun ada lagi sebulan cuti..boleh buat EBM banyak2...nasib baik bos bagi aku ambik cuti breastfeeding leave walaupun sebulan....kira oklah...lepas raya baru start keje...kalau tak esok dah kena start keje...Okaylah cukuplah dulu sampai di sini...untuk permulaan ni...Semoga Ramadhan ini lebih bermakna...

Wednesday, September 10, 2008

Rahsia amalan puasa kita diterima

dipetik dari HarakahDaily.net
oleh:Ustaz Zainudin Hashim

Tazkirah Ramadhan

Diceritakan pada satu hari, seorang Soleh di kalangan salaf berlalu di sebuah perkampungan, terdapat di situ beberapa orang lelaki (selepas Ramadan) ketawa berdekah-dekah dengan membuang masa di kedai kopi, bercerita tentang persoalan dunia yang tiada kaitan dengan alam kubur, akhirat atau di padang Mahsyar.





Maka orang Soleh itu pun menyapa mereka dengan berkata : Adakah tindakan tuan-tuan dengan banyak ketawa merasakan tidak ada dosa yang tertanggung atau begitu yakin amalan tuan-tuan diterima Allah SWT dengan membuang masa begini?

Jika diterima sekali pun adakah sesuai tuan-tuan duduk lama di kedai kopi bersembang pada perkara yang tidak menguntungkan Islam dan umatnya?

* Justeru menurutnya, sesungguhnya amal-amal soleh yang berkekalan yang dilakukan pada bulan Ramadan seperti berpuasa, baca al-Quran, solat Tarawih, bersedekah dan berzakat, menyedia atau memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jamaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan lain-lain adalah petanda amalan orang berpuasa diterima di sisi Allah.

* Hendaklah setiap muslim menjadikan ketaatan dan muraqabah (pengawasan) terhadap Allah setiap masa seperti di bulan Ramadan adalah perkara utama agar amalannya terus diterima di sisi-Nya, di samping menjauhkan diri daripada terlibat dalam perkara dosa, mungkar dan keji bersesuaian dengan inspirasi hadis baginda yang bermaksud :

“Susulilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mampu menghapuskan kejahatan, dan berakhlak mulialah terhadap manusia dengan akhlak yang terpuji”.

* Bercakap dengan ungkapan yang berisi nasihat atau bimbingan serta beramal soleh merupakan pra syarat terkabul amalan di sisi Allah seperti yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 10 surah Fatir : “Kepada-nya (Allah) sampai perkataan-perkataan yang baik (kalimat Tauhid) dan amal soleh disampaikan kepada-Nya .

* Bersegera dalam melakukan kebaikan dan kebajikan juga adalah faktor dikenal pasti sebagai penyebab amalan seseorang diterima Allah.

* Suka bersedekah dan tidak kedekut adalah punca amalan diterima Allah.

* Mengekal dan memelihara takwa kepada Allah juga menyebabkan amalan diterima Allah.

* Istiqamah dalam agama dengan terus beramal dan melakukan perintah serta meninggalkan perkara yang terlarang adalah punca amalan diterima.

* Memelihara rukun Islam yang lima serta rukun Iman yang enam juga penyebab amalan diterima Allah.

* Konsisten dalam beramal secara berterusan walaupun sedikit, ia bertepatan dengan penjelasan baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud :

Sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah yang bersifat berterusan walaupun sedikit”.

Apapun Ramadan telah melahirkan dua jenis manusia yang mempunyai cara berbeza dalam penampilan mereka selepas Ramadan, justeru marilah sama-sama kita renung secara mendalam untuk kita tentukan golongan mana yang patut dicontohi.

Golongan Pertama

Golongan yang dapat disaksikan dalam bulan Ramadan begitu ghairah melakukan apa ahaja amal ibadat selagi sanggup melakukannya, solat ketika orang lain juga bersolat, ruku’, sujud, bertadarus dengan berlinangan air mata kerana takutkan azab Allah ketika membaca al-Quran.

Agak sukar untuk melihat dalam diri mereka akhlak yang terkeji, kerana satu bulan Ramadan diisi dengan pelbagai ketaatan kepada Allah, menjauhkan diri dari segala maksiat dan perkara yang melalaikan.

Namun setelah sebulan dua ditinggalkan Ramadan, ketaatan, ibadat dan segala apa yang dilakukan hanya menjadi kenangan manis yang berlalu pergi bersama pertukaran bulan-bulan yang lain, surau dan masjid bukan lagi menjadi tempat destinasi persinggahan, al-Quran bukan lagi menjadi bahan bacaan harian, bulan berganti bulan hingga terbit Ramadan pada tahun berikutnya, inilah golongan yang hanya beribadat secara bermusim, seolah-olah Allah hanya wujud di bulan Ramadan sahaja, sedangkan pada bulan-bulan yang lain kehangatan beribadat semakin pudar.

Golongan Kedua

Golongan yang merasa amat gembira dengan kedatangan Ramadan dan merasa hiba dengan pemergian bulan yang mulia ini, kerana mereka merasa seronok dengan kemanisan dan janji-janji yang ada padanya.

Ramadan bagi mereka adalah peluang untuk menambah koleksi pahala sebanyak mungkin, kerana mereka mengetahui, bahawa Ramadan bulan kesabaran, persamaan, berkasih-sayang, terpadat padanya Lailatul Qadr, solat Tarawih, rahama, keampunan, pelepasan dari api neraka, Nuzul al-Quran, tadarus, tazkirah, pengeluaran Zakat Fitrah, peristiwa Badr al-Kubra, pembukaan kota Mekah dan seribu macam pahala yang tersedia untuk direbut.

Mereka beramal dengan sepenuh hati bagi menjana diri sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa menerusi ibadat puasa, mereka akan menangis jika Ramadan hampir melabuhkan tirainya kerana mungkin tidak akan bertemu dengannya pada tahun-tahun yang mendatang.

Kesimpulannya

Terserah kepada anda untuk menentukan kedudukan yang mana satu yang harus anda pilih di antara dua golongan yang disebutkan di atas.

Andalah sebagai hakim untuk memastikan masa depan di akhirat lebih terjamin untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w ketika ada di kalangan manusia yang tercicir namanya dalam senarai mereka yang dimasukkan dalam syurga Allah yang kekal abadi dengan segala nikmat yang membahagiakan.